Ahli keluarga Nakoula Basseley Nakoula,
warga California yang menulis dan menghasilkan filem anti-Islam, Innocence of
Muslims, hidup tak tenang setelah filem itu menuai kemarahan muslim di pelbagai
negara. Mereka memutuskan meninggalkan rumah Selasa dinihari, dengan kawalan
polis, untuk mula hidup dalam persembunyian.
Nakoula Basseley Nakoula belum kembali
ke rumahnya di Cerritos, California, sejak diwawancara Jumaat larut malam oleh
pegawai persekutuan tentang peranannya dalam pembuatan filem itu. Karyanya telah
mencetuskan protes ganas anti-Amerika di seluruh dunia.
Saat meninggalkan rumah, ahli keluarga
Nakoula menutupi seluruh wajahnya. Mereka kemudian naik ke kereta polis untuk
bergabung dengan Nakoula di sebuah tempat yang dirahsiakan.
"Mereka memutuskan bahawa mereka akan
lebih selamat keluar dari rumah itu sehingga boleh bergerak dan hidup normal,"
kata Steve Whitmore, juru bicara polis. "Yang kami lakukan adalah menjemput
mereka dan menyatukan mereka dengan Nakoula," seperti dipetik Tempo online dari
ABC News Selasa (18/9).
Whitmore menolak menyebutkan di mana
keluarga itu tinggal saat ini. Mereka menyatakan tidak akan pernah kembali ke
rumah mereka di Cerritos, walaupun keputusan itu "sepenuhnya terserah kepada
keluarga".
Nakoula, 55 tahun, mengakui peranannya
dalam pembuatan filem itu minggu lalu. Saat itu, ia meminta bantuan polis untuk
menangani ancaman pembunuhan yang diterimanya sejak pelancaran filem itu. Ia
juga menyatakan "takut mati", berkaitan keselamatan dirinya dan
keluarganya.
Nakoula awalnya menggunakan nama
samaran Sam Bacile, mengatakan kepada wartawan ia adalah seorang
"Yahudi-Israel", dan filem itu menelan kos sekitar US $ 5 juta, yang berasal
dari teman-teman Yahudi-nya. Namun, yang sebenarnya, Nakoula adalah seorang
Mesir-Amerika beragama Kristian Koptik.
Ia kemudian berkata kepada pihak
berkuasa bahawa ia dan anak lelakinya, Abanob Basseley, 21 tahun, yang
bertanggung jawab untuk menghasilkan filem itu. Ia juga meralat kos pengeluaran
sebanyak US $ 50 ribu hingga US $ 60 ribu dan penggambaran yang dilakukan tak
lebih dari 12 hari. Ia mendakwa wang untuk filem itu berasal dari keluarga
isterinya di Mesir.
Catatan yang diperolehi oleh ABC News
menunjukkan, Nakoula pernah dihukum kerana berniat menghasilkan metamfetamin
pada 1990-an. Ia juga pernah terjerat kes undang-undang bagi tuduhan penipuan
bank.
Menurut laman web The Smoking Gun,
Nakoula dihukum 21 bulan penjara dan lima tahun masa percubaan, lalu dipindahkan
dari kompleks pemasyarakatan persekutuan di Lompoc, California, ke rumah
peralihan pada tahun 2010. Ia dibebaskan dari tahanan persekutuan pada Jun 2011.
Produksi filem itu bermula hanya dua bulan selepas dia tidak di sebuah tempat di
selatan California. sumber eramuslim.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan