(Oleh Aliff Fikri)
KUALA
LUMPUR 5 September: Pakatan Rakyat (Pakatan) menggesa pasukan polis agar lebih
konsisten dan tidak berat sebelah menjalankan siasatan terhadap kes yang
membabitkan pimpinan politik, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah
Anwar.
“Saya
menggesa PDRM agar lebih komited dan tidak memilih ‘bulu’ dalam melakukan
siasatan. Banyak kejadian jenayah yang berlaku tidak disiasat, contohnya
serangan Perkasa terhadap Datuk Seri Anwar (Ibrahim) dan juga protes di depan
rumah Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga,” katanya.
Beliau
berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan
Rakyat di Pejabat Agung PAS, semalam.
Hadir
sama, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua; Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa
Ali; Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke dan Pengerusi DAP Selangor, Teresa
Kok.
Gesaan
itu berikutan tindakan pantas polis menahan seorang pelajar kolej semalam
berhubung tindakannya menunjukkan punggung pada gambar pimpinan negara semasa
sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada malam Jumaat lalu.
Sebaliknya,
tiada sebarang tindakan dikenakan apabila sekumpulan Persatuan Veteran Tentera
Melayu (PVTM) membuat senaman punggung di hadapan rumah Ambiga di Bukit
Damansara Mei 15 Mei lepas.
Hujung
minggu lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membentuk tiga pasukan khas untuk
menyiasat tindakan ke atas individu yang membawa bendera Sang Saka Malaya,
memijak gambar pemimpin dan menunjuk punggung di khalayak ramai berdasarkan Akta
Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan. -
Keadilan Daily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan