Ketika berbual sambil minum teh di kedai mamak
seorang rakan mengutarakan masalah amalan kebiasaan orang Melayu kita yang
membaca Yasin beramai-ramai atau seorang diri di setiap malam jumaat. Dia
mengatakan itu adalah bidaah dan perlu ditinggalkan sebab bukan daripada amalan
Sunnah.
Lalu terjadi perbualan berikut:
Aku: Boleh tak aku baca Yasin lepas asar
hari rabu?
Kawan: Boleh!
Aku: Boleh tak aku baca pada malam
rabu?
Kawan: Boleh!
Aku: Macam mana pulak kalau aku baca
malam Khamis?
Kawan: Boleh!
Aku: Sekarang aku nak baca malam Jumaat,
boleh tak?
Kawan: eeeerrrrr....booooleh!
Aku: ok ! tutup cerita bidaah tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan