Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang
terkenal dengan koleksi ceramah agama di Youtube yang kini sebagai sandaran Pas
memeriahkan ceramah politik parti itu telah menolak menjadi calon pada Pilihan
Raya Umum Ke-13 yang dijangka berlangsung tahun 2012 ini. Kenapa?
Ustaz Azhar Idrus : Enggan Berpolitik Secara
Serius!! Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berkata, beliau difahamkan
Ustaz Azhar Idrus enggan terlibat secara langsung dalam politik kerana mahu
terus berdakwah dengan cara sendiri.
“Ustaz Azhar Idrus sekarang ini merupakan ikon
khususnya di kalangan generasi muda, jika Ustaz Azhar Idrus berada di platform
kita, ia sesuatu yang baik, tetapi awal-awal lagi Ustaz Azhar Idrus sudah
menolak.
“Difahamkan, Ustaz Azhar Idrus menolak sebelum
kami sempat membuat penelitian, lagi pun nama Ustaz Azhar Idrus tidak
dikemukakan secara rasmi, cuma disebut-sebut di kalangan ahli parti,” katanya.
~harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan