Sebagai
seorang pemimpin sudah tentu ia akan dilimpahi dengan harta kekayaan dan
kemewahan. Namun tahukah anda terdapatnya seorang presiden yang digelar sebagai
presiden termiskin di dunia.
Seorang presiden umumnya hidup
penuh dengan kekayaan dan nikmat dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang
diberikan. Namun percaya atau tidak, hal ini berbeza terhadap dengan seorang
presiden ini.
Beliau telah mendapat sebuah
gelaran dari rakyatnya sebagai ‘presiden paling miskin di dunia‘. Presiden itu
bukan di Malaysia, tetapi Dialah Jose Mujica, presiden Uruguay dijuluki sebagai
“el presidente mas pobre” yang bererti presiden termiskin. Ini disebabkan
presiden yang berusia 77 tahun ini menyumbangkan hampir seluruh gajinya sebagai
orang nombor satu untuk rakyat.
Kepada surat khabar Sepanyol,
El Mundo, Jose Mujica mengaku menerima gaji sebesar USD 12.500. Namun ia
hanya mengambil USD 1.250 dari gajinya. Alhasil ia pun dianugerahi gelar
lain sebagai presiden paling dermawan di dunia.
“Saya baik-baik saja dengan jumlah itu, keraa di Uruguay
banyak yang hidup dengan penghasilan yang penghasian yang jauh lebih sedikit
dari itu.” tuturnya merendah.
Jose Mujica juga mengajak
isterinya yang merupakan seorang senator untuk melakukan hal yang
sama.
Jose Mujica tinggal di rumah
pertanian di Montevideo. Selama dirinya menjadi presiden, pengeluaran terbesar
yang pernah ia keluarkan adalah pembelian sebuah kereta Volkswagen Beetle,
senilai USD 1.945.
Hal positif
lain yang patut ditabik di masa kepemimpinan Mujica adalah tingkat korupsi yang
paling sedikit di antara negara di benua Amerika Selatan. Lelaki yang merupakan
mantan pejuang gerila ini sama sekali tidak memiliki akaun bank ataupun hutang.
Meski begitu ia mengaku memiliki satu hal berharga yang tidak boleh dibeli oleh
wang, iaitu anjingnya, Manuela.
Diketahui, Jose Mujica bukanlah
presiden pertama yang menyumbangkan gajinya. Presiden AS John F. Kennedy,
menyumbangkan gajinya, hal serupa juga dilakukan Presiden Herbert
Hoover.
Selayaknya hal ini patut di
contoh bagi para pemimpin di negara kita . Pemimpin yang benar-benar mengabdikan
diri dan kekayaannya untuk rakyat. Bukan hanya untuk kekuasaan dan harta, macam
pemimpin umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan