Friday, September 21, 2012
Firaun, manusia yang mengaku sebagai
Tuhan, kembali muncul di Timur Tengah. Firaun abad 21 itu adalah seorang lelaki
Saudi yang mengaku dirinya adalah Tuhan. Saat memberikan arahan kepada lapan
anak buahnya, lelaki Saudi tersebut menyatakan dirinya pantas disembah laiknya
Tuhan. Sayang identiti lelaki yang diketahui sebagai pengurus baru di sebuah
pusat membeli-belah di bandar pelabuhan, Jeddah, itu dirahsiakan.
"Lelaki itu lalu menyuruh anak buahnya
mematuhi dan menjalankan perintahnya. Alasannya, dia menyebut dirinya Tuhan
mereka," tulisan dari surat khabar berbahasa Arab, seperti dilaporkan dalam
laman emirates247.com, Rabu (19/9).
Orang bawahan menentangnya lalu
melaporkan lelaki tersebut ke polis syariah Saudi. Tidak sampai beberapa jam
sahaja, aparat berjaya menangkap Tuhan palsu tersebut. Lelaki itu bakal diadili
atas dakwaan mengaku sebagai Tuhan. Lapan anak buahnya akan menjadi saksi dalam
kes tersebut. Namun, belum ada penjelasan soal ancaman hukuman yang akan
diterima lelaki tersebut. Arab Saudi adalah salah satu negara Islam di dunia.
Dalam ajaran Islam, syirik hukumnya jika seseorang menduakan Allah SWT, dan
termasuk dosa yang tidak diampunkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan