Ketika tentera Amerika pulang perang ke
negaranya, banyak anjing memenuhi setiap jengkal tanah Iraq. Banyak sebab
mengapa anjing-anjing ini dibawa secara besar-besaran ke Iraq. New York Times
menyebutnya sebagai sesuatu yang terlambat bagi masyarakat Iraq mengenali
anjing.
Sejak dulu, Iraq mempunyai sejarah yang
pendek tentang anjing. Kanak-kanak Iraq tidak pernah memilih anjing sebagai
binatang peliharaan mereka. Sebabnya sudah jelas anjing adalah najis. Semasa
pergolakan Sunni dan Syiah, kerajaan Iraq juga menghadapi musuh baru iaitu
anjing.
Menurut Daily Mail Britain, Iraq
menghabiskan 35 juta dinar untuk membeli senapang baru yang akan digunakan untuk
membunuh sekitar sejuta ekor. Dalam satu hari, pihak keselamatan Iraq perlu
membunuh 2400 ekor. "Kita boleh menganggap ini adalah kempen terbesar dalam
melaksanakan untuk membasmi anjing," kata Ketua Doktor Haiwan Baghdad, Mohammed
al-Berbukit.
Kedengarannya kejam dan seperti
jenayah. Tentera Amerika datang ke Iraq membawa anjing-anjing ini dengan dua
tujuan iaitu sebagai binatang peliharaan, dan sebagai penjejak jerangkap samar
yang banyak tertanam di bumi Iraq. Anjing-anjing yang ditinggal sangat liar dan
ganas.
Bagi rakyat Iraq, anjing-anjing selain
kerana najis, penyakit rabies juga menjadi ancaman kepada penduduk. Ibu bapa di
Iraq tidak membiarkan anak-anak mereka bermain di luar rumah.
Komando tentera AS sebenarnya melarang
tenteranya memelihara haiwan ketika berada dalam zon perang. Mempunyai anjing di
Iraq seperti menggunakan ubat-ubatan terlarang, mengedarkan pornografi, minum
minuman keras, menjaga rampasan perang, atau menjual pistol.
Mengapa anjing-anjing ini menjadi
banyak di Iraq? Jika anda berjalan di Iraq, anda tidak akan tahu dan yakin
bahawa tanah yang anda akan pijak itu akan meletup atau tidak. Sebab itu anjing
dijadikan pengesan jerangkap samar walaupun alat pengesan masih digunakan. Kos
yang dikeluarkan hanya sekitar $8,000 hingga $ 18,000 bagi setiap anjing dan
bergantung pada tahap latihan mereka. Ada penjimatan kos yang sangat banyak
daripada menggunakan alat pengesan.
Ketika Amerika Syarikat menceroboh pada
tahun 2003, pihak polis Baghdad hanya mempunyai sekitar 12 ekor anjing. Pada
tahun 2010, tentera Amerika "menyumbangkan" sekitar 270 anjing
pengesan.
Mushib, seorang pengusaha anjing
sekarang ini mempunyai 310 anjing yang dikerahkan di seluruh wilayah Iraq. Dari
jumlah tersebut, 302 dilatih untuk menghidu bahan letupan dan 8 ekor untuk
mengesan dadah. Tambah Mushib, dia memerlukan sekitar 600 anjing yang
baru.
"Anjing di Iraq telah terbukti lebih
berkesan dibandingkan dengan alat pengesan yang kami miliki,"
katanya.
Di unit tentera Iraq sekarang ini telah
wujud unit anjing iaitu Unit K-9. Mereka menjadi penjaga keselamatan 24 jam yang
mengesan setiap tubuh rakyat Iraq yang merasa jijik dengan air liur anjing. Dan
jika diperlukan, anjing-anjing itu dilepaskan dan memburu rakyat yang dianggap
sebagai penghalang demokrasi atau menentang kerajaan di neger bekas kerajaan
Saddam Hussein itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan