Sabtu 26 Januari 2013, laman Wikileaks
membocorkan dokumen terbaru yang mendedahkan bahawa Amerika Syarikat memberikan
bantuan material kepada presiden Syria, Bashar Al-Asad bernilai lima bilion
dollar untuk menghadapi kelompok pembangkang kerana AS takut pada pilihan rakyat
ketika perletakan jawatan Al-Asad, iaitu berkuasanya Islam.
Dokumen tersebut mendedahkan kaedah
presiden AS, Barack Obama, menghadapi tragedi Syria dengan mengkhianati revolusi
Syria iaitu dengan menyokong rejim Bashar secara senyap. Pada masa yang sama dia
juga melarang negara-negara teluk membekalkan senjata kepada kumpulan penentang
Syria.
Sementara itu, seorang dari pejabat
pihak pembangkang Syria memberitahu kepada akhbar Sunday Times bahawa CIA
melarang selama 10 bulan lalu terhadap penghantaran senjata berat seperti kereta
kebal dan pesawat tempur kepada pihak yang menentang rejim Assad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan