1. Penduduk Syam sentiasa berada di
atas al-haqq yang dominan hingga datang kiamat.
"Sebahagian umatku ada yang selalu
melaksanakan perintah Allah, tak terpengaruh orang yang menggembosi dan tidak
pula orang yang bertentangan sehingga datang keputusan Allah, dan mereka
sentiasa dalam keadaan demikian. Mu'adz berkata: dan mereka ada di Syam.
"(HR.Bukhari)
"Jika penduduk Syam rosak agamanya
maka tak tersisa kebaikan di tengah kalian. Akan sentiasa ada satu kelompok dari
umatku yang dimenangi oleh Allah, tak terpengaruh orang yang menggembosi dan
tidak pula orang yang bertentangan sehingga datang hari Kiamat
Doa Nabi saw meminta barokah untuk
negara Syam, dan harapan Nabi saw agar penduduknya dihindarkan daripada
keburukan dan musibah.
Ya Allah, berilah kami barakah
pada negara Syam, ya Allah berilah kami barakah
pada negara Yaman. Para sahabat bertanya: termasuk
Nejed? Rasulullah berdoa: Ya Allah berilah kami barakah pada negara Syam, ya Allah berilah kami barakah pada
negeri Yaman. Para sahabat masih bertanya: termasuk Nejed? Rasulullah saw
menjawab: Di sana (Nejed) terjadi gempa dan huru-hara, dan di sana muncul dua
tanduk syaitan. (HR. Bukhari)
Nota: yang dimaksudkan dengan Nejed
dalam hadis ini adalah Iraq.
2. Penduduk Syam diuji oleh Allah
dengan penyakit taun agar mendapat syahadah dan rohmat.
"Jibril datang kepadaku dengan
membawa demam dan wabak, aku menahan demam di Madinah dan aku lepaskan penyakit
taun untuk negera Syam, kerana meninggal kerana penyakit taun merupakan mati
syahid bagi umatku, rahmat bagi mereka, sekaligus kehinaan bagi kaum kafir."
(HR. Imam Ahmad)
3. Negara Syam dinaungi sayap
malaikat rahmat
"Beruntunglah negera Syam. Sahabat
bertanya: mengapa? Jawab Nabi saw: Malaikat rahmat membentangkan sayapnya di
atas negera Syam. "(HR. Imam Ahmad)
4. Syam adalah negera iman dan Islam
apabila berlaku huru-hara dan peperangan dahsyat.
"Aku bermimpi melihat tiang kitab
(Islam) ditarik dari bawah bantalku, aku ikuti pandanganku, ternyata ia adalah
cahaya sangat terang hingga aku mengira akan mencabut penglihatanku, lalu
diarahkan tiang cahaya itu ke Syam, dan aku lihat bahawa bila fitnah (konflik)
berlaku maka iman terletak di negera Syam. "
6. Syam merupakan pusat negara Islam
di akhir zaman
"Salamah bin Nufail berkata: aku
datang menemui Nabi saw dan berkata: aku bosan merawat kuda perang, aku
meletakkan senjataku dan perang telah ditinggalkan para pengusungnya, tidak ada
lagi perang.
Nabi saw menjawab: Sekarang telah
tiba saat berperang, akan sentiasa ada satu kelompok di tengah umatku yang
unggul melawan musuh-musuhnya, Allah sesatkan hati-hati banyak kalangan untuk
kemudian kelompok tersebut memerangi mereka, dan Allah akan memberi rezeki dari
mereka (berupa ghanimah) sehingga datang keputusan Allah (Kiamat) dan mereka
akan selalu demikian adanya. Ketahuilah, pusat negeri Islam adalah Syam. Kuda
perang dipasang tali kekang di kepalanya (siap perang), dan itu membawa kebaikan
hingga datangnya kiamat. "(Riwayat Imam Ahmad)
7. Syam merupakan benteng umat Islam
apabila berlakunya malhamah kubro (perang dahsyat akhir zaman)
"Auf bin Malik al-Asyja'iy berkata: Aku
menemui Nabi saw lalu aku ucapkan salam. Nabi saw: Auf? Aku: Ya,
benar. Nabi saw: Masuklah.
Aku: Semua atau aku sendiri? Nabi saw: Masuklah semua. Nabi saw: Wahai Auf, hitung ada enam
tanda Kiamat. Pertama, kematianku. Aku: Kalimat Nabi saw ini membuatku menangis
sehingga Nabi saw membujukku untuk diam. Aku lalu menghitung: satu. Nabi saw:
Penaklukan Baitul Maqdis. Aku: Dua. Nabi saw: Kematian yang akan meragut umatku
dengan cepat seperti wabak kematian kambing. Aku: Tiga. Nabi saw: Konflik
dahsyat yang menimpa umatku. Aku: Empat. Nabi saw: Harta membumbung tinggi
nilainya sehingga seseorang diberi 100 dinar masih belum puas. Aku: Lima. Nabi
saw: Terjadi gencatan senjata antara kalian dengan Bani Ashfar (bangsa perang),
lalu mereka menyokong kalian dengan 80 destinasi. Aku: Apa maksud tujuan? Nabi
saw: Maksudnya panji. Pada tiap panji terdisi dari 12,000 tentera. Benteng umat
Islam ketika itu di kawasan yang disebut Ghouthoh, kawasan sekitar bandar
Damsyik. "(HR. Imam Ahmad)
Nota: Daerah bernama Ghauthah masih ada
hingga kini, tidak berubah namanya dan kedudukan berhampiran
Damsyik.
8. Pasukan terbaik akhir zaman ada
di Syam dan Allah menjamin kemenangan mereka.
"Pada akhirnya umat Islam akan
menjadi pasukan perang: satu pasukan di Syam, satu pasukan di Yaman, dan satu
pasukan lagi di Iraq. Ibnu Hawalah bertanya: Wahai Rasulullah, pilihkan untukku
jika aku mengalaminya. Nabi saw: Hendaklah kamu memilih Syam, kerana ia adalah
negeri pilihan Allah, yang Allah kumpulkan di sana hamba-hamba pilihan-Nya, jika
tidak boleh hendaklah kamu memilih Yaman dan berilah minum (binatang kamu) dari
kolam-kolam (di lembahnya), kerana Allah menjamin untukku negera Syam dan
penduduknya. "(HR. Imam Ahmad)
9. Kematian Dajjal terjadi di
Syam
"Al-Masih Dajjal akan datang dari
arah timur, dia menuju Madinah, sehingga berada di balik Uhud, dia disambut oleh
malaikat maka malaikat membelokkan arahnya ke Syam, di sana dia dibinasakan, di
sana akan binasa." (HR. Imam Ahmad)
"Dajjal akan keluar di tengah Yahudi
Asfahan hingga mencapai Madinah, dia singgah di sempadannya, saat itu Madinah
mempunyai 7 pintu pada tiap pintu dijaga oleh 2 malaikat, maka penduduk Madinah
yang jahat bergabung dengan Dajjal hingga apabila mereka mencapai pintu Ludd,
Isa as turun lalu membunuhnya dan sesudah itu Isa as hidup di dunia 40 tahun
sebagai pemimpin yang adil dan hakim yang bijak. "(HR. Imam
Ahmad)
10. Syam adalah negeri titik temu
dan titik tolak
"Kamu akan dikumpulkan di sana -
tangannya menunjuk ke Syam - jalan kaki atau naik kenderaan mahupun berjalan
terbalik (kepala di bawah) ..." (HR. Imam Ahmad)
"Maimunah bertanya kepada Nabi saw:
Wahai Nabi Allah, jelaskan kepada kami tentang Baitul Maqdis. Maka Nabi saw
menjawab: Dia adalah negera titik bertolak dan titik berkumpul, datanglah ke
sana dan solatlah di sana, kerana solat di sana bersamaan 1000 kali solat di
tempat lain. "(HR. Ahmad
Ad Daulatul Islamiyah Melayu
BalasPadamKhilafah Islam Akhir Zaman
Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami
Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
as A New World Religion Bangsa Islam Akhir Zaman.
Kami mengundang Anda Menjadi Bagian Bangsa Islam berdasar Aqidah Islam
Bukan Menjadi bagian dari Bangsa-bangsa berdasarkan Daerah
Kunjungi Undangan kami Kehadiran anda kami tunggu di
di http://dimelayu.co.gp