Setelah kekalahan Khilafah Uthmaniyah
dalam Perang Dunia pertama dan melalui Perjanjian Sykes-Picot antara Perancis
dan British pada tahun 1916, Perancis menduduki apa yang kita kenal hari ini
sebagai negara Syria. Agar seseorang dapat memahami sejauh mana pengaruh AS di
Syria dan untuk memetakan hubungan antara rejim Assad dan AS, kita harus
meninjau sejarah moden Syria. Berikut adalah 10 peristiwa dalam susunan
kronologi yang bermula dari masa penjajahan Barat atas Syria hingga sekarang,
yang menunjukkan penglibatan AS di negara itu.
1. AS dan CIA mengatur rampasan
kuasa tentera di Syria sejak tahun 1949
AS melalui kedutaan besarnya di Damsyik
dan CIA, memimpin rampasan kuasa tentera pertama yang pernah berlaku di Syria
pada tahun 1949 seperti yang disebutkan dalam buku "The Game of Nations" yang
ditulis oleh Miles Copeland . Hal ini menandakan awal perjuangan antarabangsa
atas Timur Tengah di antara Amerika Syarikat yang merupakan pendatang baru di
percaturan politik dunia dan Eropah (Perancis dan British) yang memegang
pengaruh di kawasan itu namun keluar dari Perang Dunia II dalam keadaan hancur.
Kedutaan Besar AS dan CIA terus menyokong beberapa rampasan kuasa tentera
berikutnya di Syria sepanjang tahun 50-an dan 60-an untuk melawan pesaing Eropah
mereka. Ini merupakan era ketidakstabilan yang berlangsung lebih dari dua
dekad.
2. Penarikan pasukan tentera Syria
oleh Hafez dari Perang 1967 adalah untuk melindungi Israel.
Mantan Presiden Syria, Amin al-Hafiz,
berkata dalam sebuah wawancara di Al-Jazeera pada tarikh 2 Julai 2001, bahawa
Hafez al-Assad, yang kemudian menjadi Menteri Pertahanan telah mengeluarkan
arahan tegas untuk menarik tentera Syria dari Dataran Tinggi Golan pada awal
Perang 1967. Ini berlaku sebelum tanda-tanda kekalahan atau konfrontasi nyata
terhadap tentera Israel yang telah menyebabkan pendudukan lokasi yang strategik
itu. Melalui langkah inilah, Assad mendapat kepercayaan dari AS untuk
mempertahankan sempadan utara Israel dan dia terus lakukan selama tiga dekad
seterusnya.
3. AS menyokong Syria melalui
Resolusi PBB 242 pada tahun 1967
Resolusi PBB 242 yang disahkan selepas
Perang 1967, yang umumnya dikenali sebagai Perang Enam Hari dengan Israel dan
pendudukan Dataran Tinggi Golan yang merupakan geran dari Syria hingga hari ini
untuk mendapatkan kembali wilayahnya. AS menyokong perjanjian ini dan hak Syria
atas wilayahnya. Hal ini berbeza dengan kedudukan Israel, terlepas dari janji di
bibir untuk menolak setiap gagasan menyerahkan wilayah yang strategik secara
geografi ini.
4. Memperkuat Hubungan AS-Syria
selepas Perang 1973
Selepas perang 1973 dengan Israel, AS
seharusnya menghukum Syria dengan hukuman. Sebaliknya, pada tahun 1974, Presiden
Nixon secara peribadi melakukan lawatan ke Damsyik untuk mengukuhkan hubungan
dengan rejim Assad.
5. AS menerima pendudukan Syria atas
Lebanon sejak tahun 1976
Pasukan Syria menyerang Lubnan pada
awal perang saudara. AS bertindak diam untuk tidak menentang penjajahan adalah
merupakan "lampu hijau" bagi Hafez al-Assad untuk memulakan dan meneruskan
pencerobohan ini hingga tahun 2005, ketika sebuah resolusi oleh mandat Perancis
mendorong Syria supaya keluar dan sementara AS pula berdiam diri. Sebuah analisa
politik menggambarkan peranan AS dengan mengatakan "AS dilihat secara diam
bersetuju kesinambungan kuasa Syria di Lebanon."
6. Kerjasama Syria dan AS melalui
Perjanjian Tai'f pada tahun 1989
Perjanjian Taif ditandatangani di Arab
Saudi antara puak-puak di Lebanon yang berbeza untuk menamatkan perang saudara
pada tahun 1989. AS adalah broker kuasa selain Perancis, Arab Saudi, Mesir dan
Syria yang membantu membuat perjanjian yang, "menggalakkan sokongan antarabangsa
bagi amanah Syria atas Lebanon."
7. Syria bergabung dengan AS dalam
kempen untuk menyerang Iraq pada tahun 1991
Syria menyokong AS dalam kempen perang
melawan Iraq (Operation Desert Storm) dengan menghantar 14500 tentera dan
anggota tenteranya untuk membantu AS dalam serangan di Iraq.
8. AS menjadi orang tengah dalam
rundingan antara Syria dan Israel sepanjang tahun 1990-an
Hafez al-Assad bersetuju AS sebagai
orang tengah antara Syria dan Israel. Ketua Staf Angkatan Darat Syria, Leftenan
Jeneral Hikmat al-Shihabi, mengetuai delegasi ke AS untuk membincangkan
rundingan damai tentang masalah tersebut. Dalam sebuah wawancara dengan TV
Russia Today, mantan Menteri Pertahanan Syria dan tokoh utama rejim Assad,
Mustafa Tlass menyatakan dengan tegas bahawa al-Shihabi adalah agen CIA untuk
Amerika Syarikat.
9. Kerjasama perisikan antara CIA
dan Syria untuk menyeksa para tahanan sejak tahun 2001
Kerja sama erat antara CIA dan rejim
Syria begitu hangat, bahkan selama Syria disebut sebagai negara bajingan (rogue
state), rejim Syria masih menawarkan perkhidmatan untuk melakukan pekerjaan
kotor bagi CIA. Rejim menggunakan badan-badan intelijennya yang terkenal dengan
sifat jahat untuk mengorek maklumat dari para tahanan dan tawanan perang melalui
penyeksaan yang dilakukan untuk CIA. Kes terkenal ialah Maher Arar, seorang
warga negara Kanada.
10. AS menyokong rejim Syria selama
Revolusi Syria 2011
Sebagaimana yang telah dibincangkan
secara terperinci melalui bahagian pertama dari siri ini tentang lembaga rejim
Assad, AS telah bertindak secara diam dan menyaksikan pembunuhan warga awam
Syria selama 2 tahun yang berlaku setiap hari.
Seperti yang jelas kelihatan, dalam
sejarah moden Syria sejak awal AS cuba untuk mengatur agen-agennya berkuasa
melalui rampasan kuasa ketenteraan. Walaupun AS terus memberikan retorika
penentangan terhadap Syria, negeria itu mencapai puncak hegemoninya ketika
agennya, Hafez al-Assad mencapai kuasa pada tahun 1970. Sejak al-Assad, Syria
telah menjadi negara kaki tangan rahsia AS untuk melayani kepentingan di wilayah
itu dan melindungi sempadan utara Israel. Secara lahiriah Hafez mengaku sebagai
pemimpin penentang di wilayah Arab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan