Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi
Manusia melaporkan pada Rabu (9/1/2013) bahawa jenazah dua aktivis kumpulan
Hamas Palestin telah ditemui mati pada Selasa malam di kem pelarian Husainiyah
di berhampiran Damsyik.
Berdasar laporan para aktivis
kemanusiaan di pinggir Damsyik, pasukan rejim Nushairiyah Syria telah
melaksanakan hukuman mati terhadap dua komander Hamas setelah penangkapan
kedua-duanya. Jenazah keduanya dilemparkan oleh tentera rejim berhampiran sebuah
masjid Aisyah, kem pelarian Husainiyah berhampiran barat Damsyik.
Pejabat berita Koordinator Revolusi
Ghautah Timur juga melaporkan bahawa tentera rejim Syria melemparkan jenazah
seorang warga yang belum diketahui identitinya di bandar Shab'a, pinggir Damsyik
pada Selasa (8/1/2013).
Sementara itu artileri berat pasukan
rejim Syria masih terus mengebom bandar Mulaihah di pinggiran Damsyik sejak Rabu
pagi. Lebih dari 200 orang awam bandar Mulaihah ditangkap oleh pasukan rejim
Syria, termasuk kanak-kanak dan wanita bagi menghalang serangan mujahidin Islam
dan mujahidin FSA. Para aktivis kemanusiaan dan warga kota khuatir ratusan orang
awam yang ditangkap akan menjadi mangsa pembunuhan rejim Syria
lagi.
Diterjemah dari sumber islampos
Tiada ulasan:
Catat Ulasan