Kadar kahwin kontrak (nikah Mut'ah)
khas Syiah Iran yang dikeluarkan aansar.com ini sungguh mengejutkan. Wanita
boleh disewa untuk dinikahi beberapa jam (short time) hingga beberapa hari (long
time) dengan kadar hingga 300 dolar. Khusus kahwin kontrak dengan gadis yang
masih perawan dapat bonus 150 dolar. Pelacuran yang dihalalkan atas nama
agama?
Astan Quds Al-Ridhawy mengumumkan
permintaan untuk para gadis yang berumur antara 12 hingga 35 tahun untuk
pekerjaan Mut'ah. Astan Quds Al-Ridhawy adalah yayasan yang mengurus wakaf dan
urusan agama serta beberapa syarikat perniagaan besar di dalam dan di luar
kawasan Khurasan.
Pengumuman ini dikeluarkan seiring
peningkatan jumlah permintaan terhadap servis Mut'ah dari para pelancong yang
datang ke Bandar Masyhad, demi mewujudkan iklim spiritual yang selesa bagi para
pelancong (tentu saja bagi kalangan lelaki dari mereka) serta untuk mendekatkan
diri kepada Tuhan melalui pelaksanaan ritual ini.
Berikut ini terjemahan lengkap
dokumen pengumuman kadar nikah Mut'ah tersebut:
Bismillahirrahmanirrahim
Nikah itu adalah
sunnahku
Yayasan astan Quds Ridhawy (Negeri
Masyhad, Bandar Al-Ridha) mengumumkan tentang maksudnya untuk mendirikan sebuah
markas tempat melangsungkan akad nikah untuk masa pendek (short time)
berhampiran kubur Imam Al-Ridha alaihissalam, demi meningkatkan iklim spiritual
dalam masyarakat dan demi mewujudkan iklim rohani dan ketenangan bagi
kawan-kawan penziarah yang melawat kawasan makam Imam sementara mereka jauh dari
keluarga mereka.
Untuk itu, maka pihak Yayasan
meminta kepada seluruh wanita mukminah yang masih perawan, yang usianya belum
melebihi 12 hingga 35 tahun, pihak Yayasan mengajak mereka untuk memberikan
bantuan dan terlibat dalam projek ini.
Masa kontrak bagi wanita yang mahu
terlibat dalam pekerjaan ini adalah 2 tahun, dan yang menjadi kewajipan bagi
wanita yang terikat kontrak dengan Yayasan al-Ridhawy adalah melakukan Nikah
Mut'ah selama 25 hari setiap bulan selama masa kontrak kerja.
Dan masa kontrak akan dikira dari
bahagian masa kerja, dan masa kerja untuk setiap akad (Mut'ah) bermula antara 5
jam hingga 10 hari dengan setiap lelaki.
Nilai bayaran yang ditetapkan untuk
setiap akad Mut'ah adalah berikut:
a. Mut'ah 5 jam: 50.000 Tuman (50
Dolar)
b. Mut'ah 1 hari: 75.000 Tuman (75
Dolar)
c. Mut'ah 2 hari: 100,000 Tuman (100
Dolar)
d. Mut'ah 3 hari: 150.000 Tuman (150
Dolar)
e. Mut'ah 4 s / d 10 hari: 300.000
Tuman (300 Dolar)
f. Khusus bagi para wanita perawan
yang baru pertama kali melakukan nikah Mut'ah akan mendapatkan bonus 150.000
Tuman sebagai pengganti penghilangan keperawanannya.
Bagi umat Islam yang istiqamah menjauhi
segala bentuk perzinaan, tentunya lebih tertarik membaca istigfar 300,000 kali
daripada ganjaran 300,000 Tuman demi kahwin ekspres ini. Muslimah solehah pun
lebih tertarik melantunkan ta'awudz 150.000 kali daripada kehilangan keperawanan
di bilik Mut'ah untuk bercinta satu malam short time.
Alhamdulillah 'ala al-Islam wa
al-Sunnah. Allahumma tsabbit aqdamana 'ala al-Islam was-Sunnah.
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari
sumber islampos
Tiada ulasan:
Catat Ulasan