3 Mac 1924, Mustafa Kamal memanggil
semua anggota Majlis Nasional Turki dalam sebuah mesyuarat. Pada malam
sebelumnya, Mustafa Kemal berusaha menyumbat suara penentangnya dengan ancaman
hukuman mati. Mustafa Kamal mencadangkan kepada Majlis Nasional sebuah projek
pembubaran khilafah yang dia sebut sebagai "Bisul Abad Pertengahan" untuk
selamanya dan mendirikan sebuah negara sekular Turki. Keputusan diambil tanpa
perdebatan. Keputusan merangkumi pembuangan Khalifah Abdulmajid Efendi yang
memang sudah tidak berdaya pada hari berikutnya ke Switzerland. Maka cahaya
khilafah pun padam di tangan Mustafa Kamal.
Berita pembubaran Khilafah ini
menimbulkan kebimbangan di seluruh dunia Islam. Istanbul merupakan lambang
kekuatan politik bagi dunia Islam. Penyair Syauqi yang sebelumnya memuji Mustafa
Kamal, meratap sedih atas peristiwa yang berlaku. Di Indonesia kelompok
modernis, seperti al-Irsyad, Muhammadiyah, Persis, Sarekat Islam dan Kumpulan
tradisi yang nantinya mendirikan Nahdhatul Ulama bersepakat untuk menegakkan
kembali khilafah. Mereka membentuk Jawatankuasa Khilafah tarikh 4 Oktober 1924
di Surabaya dengan ketua Wondosudirdjo dari Sarekat Islam dan wakil ketua KH
Abdul Wahab Hasbullah tokoh pengasas Nahdhatul Ulama sebagai utusan dalam
kongres Khilafah di Mesir.
Mustafa Mengubur Tamadun
Islam
Sementara itu di Turki, setelah berjaya
menguburkan Khilafah, bermulalah Mustafa Kamal menanam tamadun Islam dari bumi
Turki.
Tahun 1925 M / 1344 H masjid-masjid
ditutup dan kerajaan menghancurkan semua gerakan keagamaan dengan cara
zalim.
Tahun itu juga, Latife wanita yang
dinikahi oleh Mustafa Kamal yang minta dilayan dan dihormati dengan sewajarnya
seorang isteri, dengan kasar diceraikan oleh Mustafa Kamal dan
diusirnya.
Sementara itu, gemuruh kaum pembangkang
Turki mulai menderu. Gemuruh itu akhirnya meledak pada 1926, ketika suku Kurdis
melancarkan pemberontakan bersenjata menentang rejim Kemalis. Mustafa Kemal
tidak membuang masa. Seluruh suku Kurdistan di Turki dibanteras. Kampung halaman
dibakar, ternakan dan hasil tanaman dihancurkan, perempuan dan anak-anak
diperkosa dan dibunuh dengan kejam. 46 kepala suku Kurdi sdigantung di depan
khalyak ramai.
Tahun 1926/1345 M Syariah Islam diganti
dengan undang-undang sivil yang diterima dari undang-undang
Switzerland.
Tahun itu juga tanggal Hijrah diganti
dengan kalendar masehi sehingga angka tahun 1345 H dihapuskan di seluruh Turki
dan diganti dengan 1926 M.
Tahun 1928 M / 1347 H Teks
undang-undang menghapuskan Turki sebagai pemerintahan Islam. Teks sumpah yang
diucapkan para pegawai kerajaan apabila dilantik yang sebelumnya bersumpah
dengan nama Allah diganti dengan hanya mengucapkan "Dengan kehormatan mereka,
mereka akan menunaikan kewajipan."
Tarikh 1 November 1928 dibuat
undang-undang mengenai pengambilan dan penerapan abjad (Latin) serta larangan
tulisan Arab.
Tahun 1929 M / 1348 H. Pemerintah mula
mewajibkan secara paksa untuk menggunakan huruf-huruf latin dalam penulisan
bahasa Turki sebagai ganti huruf Arab yang digunakan sebelumnya. Pengajaran
bahasa Arab dan Parsi dihapuskan dari seluruh fakulti. Buku-buku yang telah
dicetak dalam huruf Arab dieksport ke Mesir, Parsi dan India. Kerajaan Turki
ingin memutuskan hubungan Turki dengan masa lalu keislaman mereka dan juga
memutuskan hubungan Turki dengan kaum muslimin di seluruh negera Arab dan
negeriaIslam lainnya.
Tahun 1931-1932 M / 1350-1351 H
kerajaan menghadkan jumlah masjid. Mustafa Kamal terus mencerca masjid-masjid.
Dia menutup masjid utama di Istanbul dan menukar Masjid Aya Shofia menjadi
muzium, sedang Masjid al-Fatih dijadikan gudang!
1933 M / 1352 H Fakulti Syariah di
Universiti Istanbul ditutup. Kerajaan juga menghapuskan pendidikan agama di
sekolah-sekolah khas.
Mustafa Kamal meniupkan roh
nasionalisme terhadap bangsa Turki dengan selalu melaungkan kalimat
"Sesungguhnya Turki adalah pemilik peradaban yang paling tua di dunia. Sudah
tiba masanya kini untuk diambil semula dan menggantikan peradaban Islam.
"
Tahun itu juga Mustafa Kamal melalui
Perhimpunan Kebangsaan (National Assembly) kemudian menyandangkan gelaran
Ataturk pada dirinya yang bererti Bapa orang-orang Turki.
Mustafa Kamal Ataturk memerintahkan
terjemahan al-Quran ke dalam bahasa Turki, sehingga kehilangan makna-maknanya
dan cita rasa bahasanya. Kemuncaknya, dia memerintahkan agar azan dilakukan
dengan menggunakan bahasa Turki.
Tarikh 3 Disember 1934 dibuat
undang-undang tentang larangan memakai pakaian tradisional yang
Islamik.
Pemerintah memerintahkan kaum wanita
untuk menanggalkan tudung dan membiarkan mereka berkeliaran di mana-mana tanpa
memakai tudung. Kerajaan juga menghapuskan kepimpinan kaum lelaki atas wanita
dengan semboyan demi kebebasan dan kesaksamaan gender. Pemerintah mendorong
pesta-pesta tari menari dan drama-drama yang menggabungkan lelaki dan
perempuan.
Tahun 1935 M Kerajaan Turki mengubah
hari cuti rasmi Jumaat menjadi hari minggu yang bermula Sabtu Zuhur hingga Isnin
pagi.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com
Diterjemahkan dari sumber islampos.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan