Pada tahun 656 H, Hulagu Khan Raja
Tatar berjaya menguasai kota Baghdad yang ketika itu menjadi pusat peradaban
Islam di bawah kekuasaan Bani Abbasiyyah. Kejayaan kempen serangan Tatar ini
tidak lepas dari peranan dua orang Syiah. Yang pertama adalah seorang menteri
pengkhianat khalifah Muktashim yang bernama Mu'yyiduddin Muhammad Ibnul Alqamy.
Kedua adalah seorang ahli nujum Nashirudin At-Thusi penasihat
Hulagu.
Pada akhir kepemimpinan khalifah
Mustanshir, jumlah pasukan Bani Abbasiyyah mencapai seratus ribu tentera.
Sepeninggalan Mustanshir dan tampuk kepimpinan dipegang oleh Muktashim. Ibnul
Alqamy mengemukakan cadangan kepada khalifah untuk mengurangkan jumlah pasukan
dengan alasan untuk menjimatkan kos. Cadangan itu disetujui oleh khalifah.
Padahal itu merupakan taktik untuk melemahkan kekuatan tentera. Hingga akhirnya
jumlah pasukan hanya sepuluh ribu saja.
Pada saat yang sama, Ibnul Alqami
menjalin hubungan gelap dengan Hulagu. Dia sering menulis surat kepada Hulagu
dan memberinya motivasi untuk menguasai Baghdad dan berjanji akan membantunya
sambil menggambarkan keadaan pertahanan Baghdad ketika itu yang semakin lemah.
Dia melakukan itu semua demi membanteras sunnah, menampakkan bid'ah rafidhah dan
menukar kuasa dari Bani Abbasiyyah kepada Alawiyyah.
Pasukan Hulagu kemudian bergerak menuju
Baghdad. Pasukan Khalifah baru menyedari bahawa Tatar telah bergerak masuk.
Usaha penghadangan Tatar yang dilakukan oleh khalifah gagal hingga akhirnya
Tatar berjaya menguasai sebahagian wilayah Baghdad. Dalam keadaan itu, Ibnul
Alqami berjumpa Hulagu dan membuat perancangan dengannya kemudian kembali kepada
khalifah Muktashim dan mencadangkan kepadanya untuk melakukan perdamaian seraya
berkata bahawa Hulagu akan tetap memberi kuasa sebagaimana yang Hulagu lakukan
terhadap penguasa Romawi.
Dia mahu menikahkan puterinya dengan
anak lelaki kahlifah yang bernama Abu Bakar. Dia terus mencadangkan agar tawaran
itu dipersetujui oleh khalifah. Maka khalifah pun berangkat dengan membawa para
pembesar pemerintahannya dalam jumlah yang ramai (dikatakan sekitar 1200
orang)
Khalifah menempatkan rombongannya di
sebuah khemah. Lalu menteri Ibnul Alqami mengundang para ahli fekah dan tokoh
untuk menyaksiakan akad pernikahan. Maka berkumpullah para tokoh dan guru
Baghdad yang diantaranya adalah Muhyiddin Ibnul Jauzi beserta anak-anaknya untuk
berjumpa Hulagu. Apabila tiba, pasukan Tatar membunuh mereka semua. Begitulah
setiap kelompok dari rombongan khalifah yang datang dibunuh. Tidak cukup dengan
itu, pembunuhan berterusan terhadap seluruh penduduk Baghdad. Tidak ada yang
terkecuali selain dari penduduk kota Baghdad yang bersembunyi. Hulagu juga
membunuh khalifah dengan cara mencekiknya atas nasihat Ibnul
Alqami.
Pembunuhan beramai oleh Tatar terhadap
penduduk Baghdad berlangsung selama empat puluh hari. Satu juta mangsa yang
terbunuh akibat kekejaman Tatar. Kota Baghdad hancur dibasahi darah, rumah
penduduk porak-peranda, buku-buku peninggalan para ulama semua dibakar dan
Baghdad telah jatuh kepada penguasa kafir Hulagu Khan.
[Lihat Al Bidayah wa Al Nihayah, vol.
13, hal. 192, 234 - 237, Al-Nujuum Al Zaahirah fii Muluuk Mishr wa Al Qahirah,
vol. 2, hal. 259 - 260].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan