YANG MASIH PANAS...

Misteri Topeng Darth Vader Di Dalam Starwars

oleh Ibnuyaacob

nationalcath

Filem sains fiksyen Starwars arahan Steven Spilbearg adalah antara filem yang paling berjaya dalam sejarah perfileman Hollywood. Pengaruh sains fiksyen yang dibawa Starwars menjangkau seluruh planet bumi dan segenap lapisan agama, bangsa dan negara.

Maka tidak hairanlah jika dikatakan setiap watak dalam filem menjadi idola bagi kebanyakan kanak-kanak dan orang dewasa.
Satu-satunya watak yang amat mencurigakan ialah watak Darth Vader yang bertindak sebagai bapa kepada si hero iaitu Skywalker. Watak jahat yang agak gentlement ini tidak dibenci oleh kebanyakan penonton kerana ia membawa imej yang bersih, berkaliber dalam setiap aksi kejamnya.
Namun begitu, kemusykilan kami adalah berdasarkan pereka grafik yang mencipta watak dan wajah Darth Vader ini. Dari manakah idea mencipta wajah Darth Vader ini diambil oleh pereka grafik filem Starwars?
Ini kerana imej topeng Darth Vader kelihatan terpampang di salah satu menara Washington National Cathedral dengan ciri-ciri yang jelas dan tinggi kedudukannya. Imej itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan perlu menggunakan teropong untuk melihatnya.
Penerbitan Filem Starwars
Filem Starwars mula ditayangkan kepada orang ramai secara komersial pada 25 Mei 1977 oleh Universal Studio di Amerika Syarikat. Penerbitan filem ini telah menjadikan ia pencetus kepada filem-filem sains fiksyen berteknologi tinggi yang membawa era perang galaksi.
Walaupun ditayangkan pada 1977, tetapi gerak kerja menghasilkan filem ini telah pun dilakukan sejak 1971 yang mana ketika itu Malaysia masih lagi gah dengan sentuhan karya P.Ramlee, Jins Shamsudin dan kebanjiran filem-filem Bombay.
Idea menghasilkan Starwars sebenarnya dicetuskan oleh penerbit Yahudi terkenal iaitu George Lucas yang kini adalah pemilik Lucas Film. Lucas adalah orang yang pertama menulis idea tentang kepahlawanan angkasa yang digelar Jedi.
Namun, ketika mula-mula memperkenalkan idea ini, Lucas terpaksa menulis dua kali tentang konsep Jedi kepada beberapa pengarah terkenal untuk memahamkan idea uniknya itu. Dari mana Lucas mendapat idea ini tidak diketahui dan ia amat mencurigakan sekali.
Lucas yang berdarah campuran British dan Jerman sekarang ini adalah pemilik Lucas Film yang mana amat terkenal dengan pembikinan filem-filem episod Starwars dan Indiana Jones.
Keraguan Tentang Watak Darth Vader

(Gambar) George Lucas bersama watak tentera manusia di dalam Starwars
Watak Darth Vader juga dibina sendiri oleh George Lucas tetapi aspek watak fizikal pula direka oleh David Prowse yang pernah bergiat sebagai ahli sukan bina badan dan pelakon sambilan. Segala tingkahlaku dan perwatakan Darth Vader adalah mengikut sentuhan Prowse sendiri walaupun ianya dicipta oleh Lucas. Seperti juga Lucas, Prowse tidak juga mendedahkan di mana ia peroleh imej topeng Darth vader tersebut.

(Gambar) David Prowse dan kostum Darth Vader ciptaannya
Pada 1980, majalah National Geographic bersama gereja besar ini telah menganjurkan pertandingan melukis bagi kanak-kanak untuk diletakkan di National Cathedral. Amat menghairankan, tiga pemenang yang dipilih yang lukisan yang menggambarkan watak-watak jahat.
Budak lelaki yang bernama Christopher Rader telah dipilih sebagai pemenang tempat ke-3, dan watak yang dilukisnya ialah Darth Vader. Pemenang-pemenang lain pula melukis objek yang menjurus kepada unsur-unsur kejahatan.
Misteri Penghakiman Pertandingan oleh Pihak Gereja
30bj
(Gambar) Amat pelik, pihak pengurusan gereja memilih 3 watak jahat untuk diletakkan di menara Washington National Cathedral pada 1980.
Pihak gereja tahu bahawa pada 1980, pengaruh filem Starwars terhadap masyarakat khususnya kanak-kanak amat kuat. Memilih watak dan memberikan anugerah kepada objek yang sudah diketahui masyarakat umum adalah amat mencurigakan.
Pihak gereja seolah-olah mahu menutup ‘kehendak’ tersembunyi mereka untuk meletakkan topeng Darth Vader ciptaan David Prowse itu. Kemungkinan pertandingan melukis itu hanyalah suatu topeng palsu untuk menutup hasrat sebenar pihak gereja Washington.
Sekiranya pihakpengurusan gereja meletakkan watak Darth Vader begitu sahaja, sudah pasti ramai orang tertanya-tanya, dan kemungkinan wartawan akan menyerang pihak gereja dan David Prowse tentang perletakan arca Darth Vader dengan beratus-ratus soalan.
washington_national_cathedral_darth_vader_gargoyle
Kami percaya pertandingan melukis itu hanyalah topeng dan kemenangan tempat ke-3 oleh Christopher Rader adalah dirancang dan apa yang dilukis oleh Rader sebenarnya di suruh. Objek topeng Darth Vader adalah sejenis lakaran ergonomik digital yang sukar dihasilkan melalui tangan.
Meletakkan kemenangan kepada Christopher Rader di tempat ke-3 adalah logik kerana jika diletakkan tempat pertama, sudah pasti hasrat sebenar pihak gereja dapat dipersoalkan oleh orang ramai terutamanya ahli-ahli sejarah dan akademik.
nation1
(Gambar) Imej kedudukan topeng Darth Vader di menara gereja. Perlukan teropong untuk melihatnya.
Peranan Filem Dalam Pendidikan Kesyaitanan
Telah kami nyatakan sebelum ini dalam beberapa artikel bagaimana unsur-unsur filem itu dijadikan suatu elemen pendidikan kesyaitanan, seksual, free-thinker dan sebagainya. Filem adalah senjata ampuh gerakan Illuminati yang mana tapak pembikinan filem-filem Hollywood itu sendiri dipunyai secara total oleh kelompok-kelompok mereka.
Golongan Illuminati tahu apa yang mereka mahukan dan mereka juga teliti dalam merancang sesuatu disamping meneroka kelemahan masyarakat yang bukan Islam. Bagi mengaburi dan mempengaruhi masyarakat Islam, unsur-unsur estetik dalam filem juga adalah senjata ampuh mereka.
Memerangi umat kristian dan menjauhkan mereka dari ajaran Injil adalah amat mudah kerana masyarakat Kristian sudah ketinggalan jauh dari aspek spiritual sejak sebelum kelahiran Islam lagi.
Kami menyimpulkan bahawa pendedahan imej Darth Vader adalah penyerapan pendidikan kesyaitan secara tersirat. Pendidikan tersirat ini akan lebih bermakna apabila patung-patung Darth Vader dibeli dan diletakkan di rumah-rumah masyarakat Islam.
Sebagai umat Islam, melihat dan memikirkan secara teliti akan sebab dan akibat sesuatu yang berada di depan mata seperti filem adalah amat mustahak. Mempersoalkan setiap unsur di dalam filem yang dilihat boleh menyelamatkan aqidah Muslim dari tergolong dalam kelompok Riddah Qauliyah.
Imam Habib Abdullah bin Thahir menyebut bahawa,
“Setiap muslim yang mukallaf, hukumnya wajib untuk menjaga keIslamannya dari segala hal yang dapat menghancurkan, membatalkan, dan memutuskannya dari tali Islam, yakni murtad.”
(kitab Sulamut at-Taufiq)
Wallahu’alam…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate