Yahudi semakin sesat. Di negera Zionis
itu ada sekolah yang bakal lahirkan lulusan dengan gelaran 'nabi'.
Sekolah bernama 'Cain and Abel School
for Prophet' itu mengenkan bayaran 200 shekel (sekira 53 dolar AS) bagi siapa
saja yang berniat memiliki gelaran nabi. Untuk mendapatkan gelar Nabi, para
pelajarnya hanya perlu mengikuti 40 kelas yang singkat.
Sekolah tersebut memberikan sijil
kepada sesiapa yang lulus. Peraturan di sekolah itu juga tidak
ketat.
Pelajar-pelajar di sekolah tersebut
boleh masuk kelas hanya mengenakan t-shirt, menggunakan gadget semasa belajar,
hingga ada yang memegang gitar masuk ke dalam kelas. Bahkan ada pelajar yang
tidak segan keluar kelas untuk sekadar merokok.
Di sekolah ini, para pelajar belajar
tentang erti mimpi, klasifikasi malaikat, dan misteri roh kudus. Mereka belajar
bagaimana membezakan perasaan batin seseorang dari perilaku luaran dan
penampilan.
Satu-satunya guru sekolah itu Shmuel
Hapartzy percaya, Messias telah datang dan usia penebusan sudah dekat. Ertinya,
sekolah itu berperanan untuk menyambut nabi baru.
Peliknya, Hapartzy mengaku tidak
menjamin pengajian di sekolah tersebut boleh membantu murid-muridnya boleh terus
berinteraksi dengan Tuhan.
Hapartzy menjelaskan kurikulum yang
digunakan di sekolah tersebut adalah mengikut sifat-sifat seorang nabi.
Sehinggakan jika murid-muridnya sudah boleh menguasai kurikulum yang diajarkan,
mereka boleh mendapatkan ijazah bergelar nabi.
"Di masa lalu ada nabi. Tetapi
sekarang, di zaman moden, Ketuhanan ada pada semua orang. Kita hanya perlu
membuka mata kita untuk itu," kata Hapartzy, seperti dinukil dari
AP.
Sekolah itu berada di sebuah pusat
keagamaan di kawasan penempatan di selatan Tel Aviv. Pusat keagamaan itu
dikenali tempat yang menampung moral jalanan berbanding mempelajari soal agama.
Pusat keagamaan itu mendapat sumbangan dari bayaran yuran masuk para murid-murid
sekolah nabi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan