Pemimpin rejim Syiah Nushairiyah Bashar
Assad, telah merekrut brigade wanita untuk menjaga pos-pos pemeriksaan dan
melakukan operasi ketenteraan, sebagai usaha untuk membebaskan tentera lelaki
untuk memerangi Mujahidin, menurut laporan Independent UK pada Selasa
(22/1/2013).
Dengan memakai pakaian seragam tentera
lengkap dengan senjata Kalashnikov, tentera wanita itu yang digelar "Singa
Betina Pertahanan Nasional" adalah sebahagian dari pasukan paramiliter. Mereka
dilaporkan telah dikerahkan di Homs.
Abu Rami, jurucakap Suruhanjaya Umum
Revolusi Syria di Homs, mengaku pertama kali melihat para tentera wanita itu
sekitar minggu lalu di persekitaran Tadmour di pinggiran kawasan Alawiyah,
sebelum aktivis lainnya merakam gerakan mereka. Video, yang dirakam secara
sembunyi, menunjukkan sekitar enam tentera wanita Nushairiyah menjaga sebuah
persimpangan besar.
"Saya sangat terkejut, ini pertama
kalinya kami melihat ini," katanya. "Saya rasa ini adalah alasan untuk membuat
FSA membunuh para wanita dan kemudian menunjukkannya kepada dunia sebagai
propaganda (bahawa mujahidin membunuh wanita), tetapi siapa saja yang bersenjata
adalah target yang sah."
Abu Rami juga mengatakan bahawa para
tentera wanita rejim itu juga kelihatan di kawasan Wadi al-Dahab, di mana
sekitar 500 tentera dilaporkan sedang melakukan latihan ketenteraan di sebuah
pangkalan.
Walid al-Faris, seorang aktivis di
Homs, menggambarkan bahawa kumpulan tentera baru ini adalah militia Syiah
Shabiha juga dengan nama yang berbeza.
Assad memerlukan dorongan psikologi
sehingga memerlukan pasukan tambahan bagi menghadapi para
Mujahidin.
"Assad perlu orang-orang untuk menjadi
tentera di titik ini," kata Emile Hokayem, seorang pakar Syria di Institut
Antarabangsa dalam Kajian Perancangan.
Diterjemah oleh Detik Islam dari sumber
arrahmah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan