1. Sejak kecil, kita terutamanya budak-budak
Malaysia telah dididik dengan hukum-hakam agama seperti yang telah tertulis di
dalam PAFA (legend doh buku ni). Jika masih ingat, semua hukum yang kita
belajar, adalah Mazhab Syafi’e kan?
1. Sejak kecil, kita terutamanya budak-budak Malaysia telah dididik dengan hukum-hakam agama seperti yang telah tertulis di dalam PAFA (legend doh buku ni). Jika masih ingat, semua hukum yang kita belajar, adalah Mazhab Syafi’e kan?
1. Sejak kecil, kita terutamanya budak-budak Malaysia telah dididik dengan hukum-hakam agama seperti yang telah tertulis di dalam PAFA (legend doh buku ni). Jika masih ingat, semua hukum yang kita belajar, adalah Mazhab Syafi’e kan?
2. Seperti yang diketahui ramai, Islam ada 4 mazhab, Syafi’e, Hanbali,
Maliki, dan Hanafi. Siapa cakap Syi’ah tu mazhab ke-5, boleh pakai baju melayu
putih, sampin hijau, dan pergi masuk sekolah agama balik. Kesemua 4 mazhab kita
ada 5 rukun Islam, tiada tambah-tambah, ada dua hari raya, tiada
tambah-tambah.
3. Sudah pasti ramai tertanya-tanya kenapa Islam kena ada 4 mazhab? Kenapa
tak satu je. Siap ada sesetengah pihak yang bajet legend, cakap tak payah ikut
mazhab ikut Nabi je, sebenarnya dia menggelabah je. Ustaz saya cakap, siapa
cakap macam tu, dia bukan suruh ikut Nabi, sebenarnya dia suruh ikut dia
sendiri.
4. Mazhab ni bezanya dari segi Feqah sahaja, bukan dari segi Aqidah. Feqah
bermakna cara kita melakukan sesuatu Ibadat. Bagaimana nak sembahyang, nak ambil
wudhu’, dan sebagainya. Tapi jenis Ibadatnya semua sama. Keempat-empat mazhab
ada 5 waktu sembahyang. Aqidah semua sama. Satu Tuhan. Satu Rasul.
5. Mungkin juga ramai sudah tahu, mazhab ini mengikut tempat. Sebagai
contoh, Mazhab Syafi’e diamalkan di Malaysia. Manakala mazhab Hanafi, diamalkan
di tempat seperti Iraq. Mengenai perkara ini lah (perbezaan geografi) ternyata
bergunanya mazhab.
6. Contoh yang paling jelas, mengikut Mazhab Syafi’e, di dalam sembahyang
kita tak boleh bergerak 3 kali secara berturut-turut. Manakala mazhab yang lain
boleh. Sekarang, di Mekah mereka tidak mengamalkan mazhab Syafi’e. Okay, cuba
bayangkan, di Kaabah yang begitu ramai, tak boleh bergerak 3 kali, boleh ke?
Kita tengah baca Fatihah, tiba ada Pak Arab tengah lintas depan kita, kita
terpaksa gerak sikit, pastu ada pulak Minah Arab lalu kat belakang kita kena
gerak lagi. Kalau pergerakan kaki kita melebihi 3 kali, sembahyang batal. Habis
tu sampai Subuh besok kita kena ulang sembahyang balik, sebab sembahyang kita
asyik batal.
7. Situasi A: Cuba bayangkan dalam dunia ini ada satu mazhab je. Nanti kat
Kaabah tiada siapa dapat habiskan sembahyangnya. Situasi B: Cuba bayangkan pulak
kalau satu dunia amalkan satu mazhab je, yang boleh bergerak banyak kali. Nanti
sampai kat Malaysia (yang masjidnya selalu tak penuh), nanti rilek je orang
sembahyang gerak banyak kali. Siap ada mamat sembahyang sambil baca Naruto
lagi.
8. Mazhab ini bukannya pecahan Agama. Tapi lebih dari perbezaan pendapat
yang sesuai dengan tempat-tempat tertentu. Cuba bayangkan, kalau kerajaan
wajibkan semua budak sekolah pergi sekolah naik bas sahaja. Tak boleh ibu-bapa
hantar, tak boleh naik basikal. Kononnya tiada keseragaman. Gila ke? Semua orang
ada cara masing-masing. Yang penting pergi sekolah, tiada kesah naik bas ke
kereta ke permaidani ajaib ke.
9. Hal ini, bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada mazhab sahaja. Tetapi
juga boleh dikaitkan dengan hukum-hukum ijma’. Contoh paling terdekat, hukum
mengucapkan Selamat Hari Natal. Hal ini memang bikin gua panas.
10. Apa yang susah sangat? Ada ulama’ kata haram tak boleh. Al-Qaradhawi
kata boleh. Bukannya semua ulama’ kata Haram Mutlak. Seperti biasa khilaf
(perbezaan pendapat) ini berguna mengikut tempat. Agak-agak kalau lu duduk kat
Arab Saudi, jiran kau 100% Muslim, takkan tiba-tiba lu nak bagi pengumuman, “Hey
Assalamualaikum. Merry Christmas“?
11. Tapi takkanlah kalau kau duduk kat Malaysia, ada 30 kawan Kristian. Kau
terserempak dengan mereka. Kau nak diam je? Pastu “hehe sorry agama saya tak
bagi wish Krismas hehe“. Cuba kau fikir macam mana persepsi penganut agama lain
kalau mereka nampak kita macam ni? Kalau kita ini, mereka wish Hari Raya, kita
suka kan? Eleh, jangan nak tipu. Kimora wish Eid Mubarak tergedik-gedik je kau
RT.
12. Jadi dengan keadaan yang kita bercampur-baur bangsa dan agama di sini,
kita kena hormat pegangan orang lain. Bukan setakat hormat orang Kristian, tapi
lagi penting hormat orang Islam sendiri yang berpendapat lain daripada kita.
Agak-agak kalau kita ni jenis tak bercampur dengan bangsa lain, semua kawan
melayu, so diam-diamlah tak payah wish Krismas. Ini, bila ada member kita yang
jenis bercampur dengan masyarakat, dia berpendapat seperti Al-Qaradhawi dan wish
kawan-kawan dia yang beragama Kristian, boleh pergi wall post dia haram this
haram that. Bodohnya?
13. Anyhow, sorry menyimpang jauh. Cerita asal mengenai mazhab.
14. Maka timbul juga persoalan-persoalan seperti bolehkah kita mengamalkan
mazhab lain. Contohnya, kita yang mazhab Syafi’e ni nak amalkan mazhab Maliki
pulak. Hal ini dinamakan talkin (menyampurkan mazhab). Ustaz saya kata, hal ini
tak boleh sama sekali. Kecuali: A) Kita sudah belajar sepenuhnya keempat-empat
mazhab. B) Kita pergi ke tempat yang mengamalkan mazhab lain.
15. Walaupun jika seseorang itu sudah belajar kesemua mazhab, adalah
dinasihatkan supaya konsisten dengan satu mazhab sahaja. Seperti Imam
Al-Ghazali, walaupun beliau ‘alim dengan semua mazhab, tapi beliau hanya
mengamalkan mazhab Syafi’e sahaja.
16. Ingatlah, mazhab itu bukan perbezaan agama. Tapi ia adalah medium untuk
memudahkan kita semua untuk menjalankan ibadah seharian agar mendekatkan diri
kita dengan diriNya.
Assalam alaik .. Fact no 14 : btukar2 mazhab bukan talkin .. Saya rasa perkataan y lebih tepat is TALFIQ hehe wallahu alam..
BalasPadamNice entry massalamah
TALKIN TU BAGI ORANG YANG DAH MATI...KAH KAH KAH..THX 4 UR POST
BalasPadam