YANG MASIH PANAS...

Maulana Anwar Shah Kashmiri (Muhaddith Besar Hind)

 





Muhadith Maulana Anwar Shah Kashmiri (1875-1933) merupakan tokoh ulama Deoband yang tekenal dengan jolokan sebagai "perpustakaan bergerak" kerana mempunyai daya ingatan yang kuat dan menguasai berbagai cabang ilmu yang diibaratkan sebagai sebuah perpustakaan tempat alim ulama membuat rujukan di kala hayatnya. Nokhtah-nokhtah penting pengajaran hadithnya dalam kelas dicatatkan oleh anak-anak murid beliau. Maka lahirlah kitab-kitab seumpama Faidhul Bari, Anwarul Bari, Urfu Shazi, Anwarul Mahmud,Maariful Sunan, Nutq Anwar, dan Malfuzat Muhaddith Kashmiri yang dianggap sebagai hanya secebis daripada ilmu Allamah Kashmiri.

Antara kitab terbaru yang mengumpulkan tahqiq, aqwal, tafarrudat dan ifadat Allamah Kashmiri itu ialah kitab "Nawadirat Imam Kashmiri" yang ditulis oleh anak beliau sendiri Almarhum Maulana Anzar Shah Kashmiri (1927-2008, 81 tahun) yang juga penulis bukuNuqush Dawami, sebuah buku biography ttg Allamah Kashmiri. Semasa hayatnya Maulana Anzar Shah mengajar kitab Bukhari jilid pertama (Bukhari cetakan India dibahagikan kepada 2 jilid). Fokus pengajarannya ialah menjelaskan dan menghuraikan buah fikiran ayahandannya. Kitab Nawadirat ini ialah hasil daripada pengumpulan maklumat-maklumat tersebut. Ia merakamkan lebih daripada 200 pendapat Anwar Shah yang ganjil diselitkan dicelah-celah pengajaran hadith-hadith Bukhari daripada bab muqadimah ttg Bukhari hinggalah Kitab Ilmu. Buku ini setebal 376 mukasurat dan dicetak oleh Jamiah Imam Anwar, Deoband, dibawah kelolaan Sayyid Ahmad Khidir Shah, anak Maulana Anzar Shah iaitu cucu Allamah Anwar Shah.

Beliau mengingati beribu-ribu karya hadis termasuklah makhtutat (manuskript) samada matan, sanad berserta jarah wa ta`dil. Diceritakan berlaku perdebatan antara Deobandi dan Ahli Hadith di India. Anwar Shah mencabar rakannya daripada Ahli Hadith agar membaca helaian hadith2 Bukhari secara hafalan kepadanya jika benar dia mendakwa bahawa dia Ahli Hadith. Rakannya daripada Ahli Hadith menjawab kalau kamu mampu lakukanlah. Lantas beliau membacanya melalui hafalannya bermula dengan hadis pertama tanpa henti-henti sehinggalah terpaksa diberhentikan apabila dia telah membaca sampai 30 helai hadith Bukhari cetakan India yang besar itu.

Sheikh Zulfiqar Ahmad menceritakan bagaimana kurniaan Allah pada Allamah Anwar Shah Kashmiri tentang photographic memory beliau. Sila klik sini

sumber dari ustaz zaharuddin nawi : ibnnawi.blogspot.com (pelajar darul ulum deoband)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate